Monday, November 9, 2015

Perkongsian Puan Faeeza dari Melaka

Sumber: https://www.facebook.com/faeezafadel/posts/987450641298159

MENGAPA HARUS KONTEN PROGRAM MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN INSAN BERSUMBERKAN LANGIT DIANAKTIRIKAN OLEH KLIEN? (SATU SUDUT PANDANG DARIPADA PENGURUS SUMBER MANUSIA)
*******************************************
.
Ya. Benar.
Bahawasanya program latihan untuk self development, motivasi dan pembentukan sikap perlu lebih kreatif dengan menggunakan kaedah dan pendekatan moden agar program itu tidak menjemukan.
.
Oleh sebab itu, sebagai contoh, ramai pekerja yang bakal menjadi peserta program sedemikian, lebih teruja dengan program team building secara outdoor yang banyak melibatkan aktiviti 'games' dan fizikal berbanding aktiviti dalam kelas.
.
Mereka acapkali dilihat skeptikal dengan pengisian di dalam kelas kerana menjemukan, kata mereka.
.
Mengapa perlu menjemukan?

Saturday, October 17, 2015

Pengurusan Konflik dan Perundingan Berkesan

Ada 83 ayat berkaitan 3 konsep ujian dalam al-Quran.

Apa-apa sahaja dalam kehidupan boleh menggunakan kaedah ini

Event + Response = Outcome

Event ialah apa yang berlaku dari luar. Response ialah bagaimana kita cukup kuat menggunakan potensi fizikal, intelek, emosi dan spiritual dalam menangani event tersebut. Jika ia amat positif, kita tidak mampu dinegatifkan pada outcome. Apabila Response kita lemah sahaja, inilah masa seseorang itu akan dikawal oleh event. Seorang berjaya itu amat kuat karakternya. Responnya amat positif.

Berikut ialah 7 tools yang boleh digunakan untuk menguruskan konflik. Beberapa persoalan berikut menerangkan fungsi tool ini. Jika seseorang ada ujian atau konflik dihadapi, dengan menggunakan tool ini, Insha-Allah ia akan membantu banyak dalam menguruskannya. Ujian bukan untuk menggerunkan manusia, tetapi sebagai pintu untuk masuk ke tahap kejayaan seterusnya.

  1. Legacy
    1. Saya ingin kejayaan jangka masa pendek atau panjang?
    2. Ketika ada konflik apa yang perlu diyutamakan, ia berbalik kepada legasi jangka masa panjang, sederhana dan pendek.
    3. Jika konflik itu tidak mengganggu legasi, tidak perlu beri perhatian. Fokus pada legasi yang ingin dibina. Biasanya banyak menghabiskan masa pada perkara bukan legasi atau tidak bermanfaat.
  2. TOTI
    1. Saya sudah faham konflik ini sebenarnya atau tidak?
  3. SOA
    1. Saya utamakan hak siapa dulu dalam menyelesaikan konflik?
    2. Konflik ini dalam diri saya dulu atau orang lain?
    3. Kalau konflik sesama manusia, ia aktiviti intelek atau emosi/ sosial? Sudahkah dikembalikan kepada Allah sebenar-benarnya?
    4. Apa-apa pilihan S atau O, ia adalah keputusan manusia. Tiada yang muktamad. Pilihan Allah pilihan utama?
  4. 5 Ways to Handle Conflict
    1. Saya ingin win-win atau win-win-win?
  5. CASIC - Seni Berunding membina Legasi
    1. Saya sedia mengambil tindakan. Saya mempunyai cara perundingan yang berkesan atau makin merosakkan konflik?
  6. The 4th Alternative - Syura
    1. Saya tahu ada pilihan lebih bagus yang datang dari Pencipta. Bagaimana ingin capai tahap ini dalam perundingan?
  7. WRAP
    1. Pilihan perlu diuruskan dengan baik. Untuk berunding, apakah cara membuat keputusan?

Tuesday, September 15, 2015

4 Fasa dalam Dunia Latihan

Biasanya dunia motivasi atau latihan dikaitkan dengan populariti dan kemewahan. Ada sesetengah meletakkan fasa dalam dunia latihan sebagai 2 atau 3.

Fasa 1- Basic
Fasa 2 - Peringkat Nasional
Fasa 3 - Peringkat International

Adakah sampai tahap itu sahaja?

Sebagai trainer yang hebat dan tahap A+, ada min 4 fasa dalam dunia seorang jurulatih atau trainer. 

Berikut ialah fasa yang dimaksudkan

Fasa 1- Basic
Fasa 2 - Peringkat Nasional / Internasional
Fasa 3 - Kampung
Fasa 4 - Hutan / Pedalaman

Sunday, August 16, 2015

Tadabbur Untuk Jurulatih dan Pendidik

"Modul aku bukan ajar al-Quran pun."
"Tadabbur ini untuk personal sahajakah?"

Tadabbur ialah memerhati secara mendalam kandungan isi al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam Surah Shadd ayat 35

(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (38:29) 

Wednesday, July 29, 2015

Up & down dalam dunia latihan

Salah satu perkara penting untuk diperhatikan dalam membina bisnes dalam dunia latihan ialah aspek pemasaran.

Tuesday, June 9, 2015

Membina Estetika Dalam Latihan

Nilai estetika dalam bilik latihan adalah satu perkara penting untuk mewujudkan suasana wayang dan memerhati diri yang selesa - bukan lagi dalam bentuk rasional yang kering.

Salah satunya ialah membanyakkan aktiviti dan permainan dalam kelas. Ia akan memberi nafas baru dalam bilik latihan. Ia akan membuatkan semua orang ceria dan gembira untuk mengikuti aktiviti seterusnya dan berfikir dengan apa yang berlaku.

Apakah azam saya selepas ini?

Thursday, March 5, 2015

al-Quran dan Trainer

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (3:79)

Ini peringatan untuk Nabi yang mengajar. Kalau umat Nabi yang mengajar dan menjadi jurulatih?
Sudah tentu peringatan itu juga untuk kita. 
Apa yang berlaku jika tidak dikembalikan kepada al-Quran? Kita sendiri akan bermasalah kerana akan hadir masa peserta 'menghambakan' diri kepada si jurulatih - sanggup buat pelbagai perkara. Apabila si jurulatih 'menghambakan' orang lain, si jurulatih bukanlah hamba Allah yang sebenar. Bantuan dan keberkatan dari Allah itu berkurang.

Ini ialah peringatan untuk jurulatih.