Tuesday, September 15, 2015

4 Fasa dalam Dunia Latihan

Biasanya dunia motivasi atau latihan dikaitkan dengan populariti dan kemewahan. Ada sesetengah meletakkan fasa dalam dunia latihan sebagai 2 atau 3.

Fasa 1- Basic
Fasa 2 - Peringkat Nasional
Fasa 3 - Peringkat International

Adakah sampai tahap itu sahaja?

Sebagai trainer yang hebat dan tahap A+, ada min 4 fasa dalam dunia seorang jurulatih atau trainer. 

Berikut ialah fasa yang dimaksudkan

Fasa 1- Basic
Fasa 2 - Peringkat Nasional / Internasional
Fasa 3 - Kampung
Fasa 4 - Hutan / Pedalaman




Antara menerima dan memberi

Mengapa perlu ada sampai 4 tahap? Kerana 2 fasa pertama ialah fasa seorang jurulatih mendapatkan 
bayaran. Fasa 3 dan 4 ialah fasa untuk memberi bantuan dan duit kepada klien. Ini ialah status tangan di atas seperti mana dalam hadis berikut:



عَنْ حَكِيْمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :اَلْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُوْلُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ

Dari Hakîm bin Hizâm Radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan mulailah dari orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-sebaik sedekah adalah yang dikeluarkan dari orang yang tidak membutuhkannya. Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya maka Allâh akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allâh akan memberikan kecukupan kepadanya.”

Bukankah patut memberi dan menerima pada masa yang sama?

Itu yang terbaik. Dos memberi akan makin meningkat pada Fasa 3 dan 4. Pada masa ini, seorang trainer tidak ada hutang atau kalau pun ada, ia mampu dibayar tanpa perlu pening kepala. Pada masa ini bukan lagi memikirkan poket sendiri tetapi memikirkan poket orang lain. 

Apakah kesan maju ke depan begini?

Ia akan menjadikan seorang trainer lebih praktikal membantu manusia lain dengan praktikal dan bukan sahaja dalam dewan ceramah. Antara cabaran menjadi seorang konsultan atau trainer ialah kerana suka atau syok beraksi di peringkat nasional atau antarabangsa di hotel atau resort mewah. Apabila diminta untuk beraksi dengan tanpa bayaran di tempat yang terpencil dan tiada LCD projektor, ramai mengeluh. Ini bukan trainer A+.

Kita doakan lebih ramai trainer yang akan membantu lebih ramai lagi insan tidak berkemampuan membayar RM 5000 sehari kepada trainer atau penceramah. Malah si trainer yang akan membawa RM 5000 untuk dihulurkan kepada kampung atau kawasan tersebut. 

P/S Artikel ini ialah sebahagian diskusi perjumpaan Projek Sinergi 2016 yang berlangsung pada 16 Sept 2015. Berminat? Boleh hubungi 012-223 0782

No comments:

Post a Comment