Wednesday, July 29, 2015

Up & down dalam dunia latihan

Salah satu perkara penting untuk diperhatikan dalam membina bisnes dalam dunia latihan ialah aspek pemasaran.



Pengalaman saya

Q3 2014 - amat sibuk. Tim menjadi sibuk atau buat-buat sibuk.
Q1 2015 - Job turun. Marketing dikuatkan di mana saya banyak masa untuk follow up.
Q2 2015 - Job meningkat. Tim menjadi sibuk atau buat-buat sibuk.
Q3 2015 - Job menurun. Marketing dikuatkan. Saya cuba follow up lebih


Dijangkakan penghujung Q3 dan sepanjang Q4 2015, saya sebagai trainer dan rakan trainer lain akan menjadi sibuk. Adakah tim saya akan menjadi sibuk atau buat-buat sibuk?

Biasanya apabila sudah bekerja keras, kita akan mengambil nafas. Tidak boleh terlampau lama. Kalau sampai sebulan atau dua bulan, ia tidak istiqamah. Nanti job akan menurun. Peserta juga akan lemah semangat atau tidak nampak momentum untuk terus bersemangat membina legasi yang sudah dirancang.

Hatta cuti seminggu raya sudah cukup untuk menghilangkan momentum kecuali dirancang betul-betul.

Beginilah semangat dalam diri dan dalam dunia bisnes latihan.

Konsep Penyelesaian

Atas dasar itu, perlu dibina sistem yang stabil. Exit plan perlu dibina. Multiple streams of income perlu dibina. Winning team perlu ditukar dari semasa ke semasa.

Manusia akan melaksankaan sesuatu dengan rasa kehambaan apabila ada kekurangan dalam diri atau organisasi. Ia amat bagus. Namun kalau kehambaan itu boleh wujud sepanjang tahun, dengan sistem yang stabil - ia amat membantu. Rasa hamba akan makin terserlah dalam setiap pasukan apabila ada lagi KPI yang belum dicapai - memerlukan Allah untuk membantu.

Perancangan penyelesaian

Ada 2 atau 3 kumpulan. Setiap kumpulan perlu ada target berapa public program yang perlu dilaksanakan bagi quarter tertentu bagi mencapai market. Proses in house perlu dilaksanakan dengan amat efisien. Apabila ada in house atau sumber in come lain (on the spot), ia adalah bonus. Namun setiap kumpulan perlu mengusahakan untuk mencapai public program yang secukupnya. Ini untuk memastikan perancangan dan perlaksanaan adalah dengan apa yang ada di tangan. Insha-Allah.

Apabila public program dilaksanakan dengan intensif, ia akan menyebabkan in house juga akan berlaku secara serentak. Public program adalah marketing kepada customer. Ebook, video membership dan apa-apa produk lain boleh dibina untuk jualan secara langsung. Namun public program ialah sesuatu yang AS ada pengalaman untuk mendapatkan peserta. Sistem ebook, video atau in house masih tidak stabil dari segi pemasaran dan penghantaran.

Merujuk kepada 5 fasa dalam marketing, public program mencapai kematangan di AS:
  1. Awareness
  2. Evaluation 
  3. Purchase
  4. Delivery
  5. After Sales
Bagi sistem in house, ebook atau video membership, 5 fasa di atas tidak cukup matang di kalangan ahli pasukan - perlukan latihan dari semasa ke semasa.


Legasi / Public program perlu mengambil praktis Comfori.
Ibrah / Public program perlu mengambil praktis al-Maghrib atau iMuslim.
Ibrah / Public - Membership Video perlu mengambil praktis Bayyinah Institute.


Rezeki dan amalan kebaikan

Jika sesuatu kaum itu beriman dan bertaqwa, Allah akan membukakan pintu langit dan bumi (7:96). Ini ialah formula penting di peringkat spiritual. Dalam ayat 3:110, ada 3 perkara untuk menjadi umat atau organisasi terbaik:
  1. Seru kebaikan 
  2. Cegah kemunkaran
  3. Beriman dengan Allah
Mode untuk menegur berkaitan planning dan pelaksanaan perlu dibuat dari semasa ke semasa. Ia tidak 'menggembirakan' namun ia adalah cahaya terik yang memerlukan kesabaran. Apabila sabar menjadi asas ketika melaksaakan item 1 dan 2 di atas, Insha-Allah solat akan menjadi nuur (cahaya menyejukkan) dengan menguatkan diri beriman kepada Allah. Tanpa melaksanakan 1 dan 2 dalam organisasi, item 3 akan menjadi sirna ketika solat atau di luar solat.

Jangan pula juga item 1 dan 2 dilaksanakan - tapi mengabaikan item 3. Akan menjadi amat stres dan tidak ada jalan keluar kalau begitu.

Perkara 1 dan 2 melibatkan proses sesama manusia
Perkara 3 akan memberi nafas lega bahawa rezeki ditentukan oleh Allah.

Apa yang boleh menyesakkan ialah:

  1. Buat perkara 1 dan 2, ahli tidak cepat-cepat beriman kepada Allah: sehingga sesak bercakap KPI atau berapa income yang dapat atau 
  2. Amat yakin rezeki dari Allah, tetapi perkara 1 dan 2 tidak dilaksanakan sesama ahli tim atau organisasi. Ia akan menenggelamkan 'khoiru ummah'



No comments:

Post a Comment