Apa-apa sahaja dalam kehidupan boleh menggunakan kaedah ini
Event + Response = Outcome
Event ialah apa yang berlaku dari luar. Response ialah bagaimana kita cukup kuat menggunakan potensi fizikal, intelek, emosi dan spiritual dalam menangani event tersebut. Jika ia amat positif, kita tidak mampu dinegatifkan pada outcome. Apabila Response kita lemah sahaja, inilah masa seseorang itu akan dikawal oleh event. Seorang berjaya itu amat kuat karakternya. Responnya amat positif.
Berikut ialah 7 tools yang boleh digunakan untuk menguruskan konflik. Beberapa persoalan berikut menerangkan fungsi tool ini. Jika seseorang ada ujian atau konflik dihadapi, dengan menggunakan tool ini, Insha-Allah ia akan membantu banyak dalam menguruskannya. Ujian bukan untuk menggerunkan manusia, tetapi sebagai pintu untuk masuk ke tahap kejayaan seterusnya.
- Legacy
- Saya ingin kejayaan jangka masa pendek atau panjang?
- Ketika ada konflik apa yang perlu diyutamakan, ia berbalik kepada legasi jangka masa panjang, sederhana dan pendek.
- Jika konflik itu tidak mengganggu legasi, tidak perlu beri perhatian. Fokus pada legasi yang ingin dibina. Biasanya banyak menghabiskan masa pada perkara bukan legasi atau tidak bermanfaat.
- TOTI
- Saya sudah faham konflik ini sebenarnya atau tidak?
- SOA
- Saya utamakan hak siapa dulu dalam menyelesaikan konflik?
- Konflik ini dalam diri saya dulu atau orang lain?
- Kalau konflik sesama manusia, ia aktiviti intelek atau emosi/ sosial? Sudahkah dikembalikan kepada Allah sebenar-benarnya?
- Apa-apa pilihan S atau O, ia adalah keputusan manusia. Tiada yang muktamad. Pilihan Allah pilihan utama?
- 5 Ways to Handle Conflict
- Saya ingin win-win atau win-win-win?
- CASIC - Seni Berunding membina Legasi
- Saya sedia mengambil tindakan. Saya mempunyai cara perundingan yang berkesan atau makin merosakkan konflik?
- The 4th Alternative - Syura
- Saya tahu ada pilihan lebih bagus yang datang dari Pencipta. Bagaimana ingin capai tahap ini dalam perundingan?
- WRAP
- Pilihan perlu diuruskan dengan baik. Untuk berunding, apakah cara membuat keputusan?
Kisah Nabi Musa dan Yusha' b Nun
Dalam kes Nabi Musa dan Yusha' b Nun, ia adalah contoh peristiwa konflik antara pemimpin dan pengikut ketika sesuatu arahan diberikan.
Nabi Musa inginkan legasi ilmu menuju Allah dengan bertemu Khidir. Nabi Musa meletakkan kepercayaan sebagai poin penting dalam mencari Nabi Khidir. Yang diutamakan ialah hak Allah, bukan hak diri. Ketika ikan hilang dan Yusha' b Nun menyatakan syaitan menyebabkan dia lupa memaklumkan hal ini, Nabi Musa memilih win-win-win. Paling penting ialah hak Allah. Wujudlah win-win-win. Jika Allah tidak diutamakan, yang wujud ialah win-win sahaja.
Mentaliti ini yang menjadikan Nabi Musa setuju berbincang dengan Yusha' dengan kaedah terbaik untuk membina legasi yang dicari. Bincang dan akhirnya mereka berdua kembali menyelusuri lokasi Khidr. Ada kemungkinan tersilap apabila Nabi Musa berpatah balik, namun itu adalah risiko membina legasi dan apabila ia kongruen dengan kehendak Allah, bertemulah seorang hamba soleh yang diberi rahmat oleh Allah.
Contoh senario sekarang
Saya print screen satu status yang dibaca di Facebook
Contoh ini terkait dengan politik - satu arena yang banyak konflik berlaku.
Katakan A ialah penyokong PAS. Atau B ialah penyokong PAN. C ialah penyokong UMNO.
Bagaimana A menggunakan 7 alat di atas?
- Saya ingin membina legasi dengan berada di atas platform PAS
- Saya yakin kepercayaan PAS, PAN dan UMNO untuk buat yang terbaik. Nilai kami mungkin berbeza.
- Hak siapa yang perlu diutamakan dalam melihat status di atas? Hak Allah - saya syukur pada Allah agar Allah memberi kualiti kepada kuantiti yang ada. Saya khuatir seperti buih di lautan. Bergaduh antara parti itu di peringkat sosial, bukan peringkat spiritual. Tapi jangan sampai sosial menggadaikan spiritual.
- Saya akan menyokong PAS, tetapi dalam masa yang sama saya terbau ada usaha bermusuh dengan PAN seperti dalam status di atas. Saya tidak boleh sokong 100%. Sokong pada perjuangan Islam dan bukan pada permusuhan dan dosa. Win-win-win.
- Saya tak nak buang masa atau mencurah 'perkataan panas' walau hanya dengan 1 Like jika ada bau permusuhan atau dosa.
- Saya tidak bermesyuarat direct dengan yang menulis status. Namun perlu bermesyauarat dengan yang lebih tinggi atau perlu dirancang perancangan pendidikan tidak bermusuh ini dengan kapasiti saya. Doa pada Tuhan menjadi amalan penting.
- Jika saya sedar hal ini, jika ada silap, moga Allah baiki.
Jika B atau C menggunakan kaedah tool di atas juga, ia akan membawa kepada satu halatuju yang objektif - Allah. Bukan konflik sosial atau intelektual yang mengganggu spiritual.
No comments:
Post a Comment