Nilai estetika dalam bilik latihan adalah satu perkara penting untuk mewujudkan suasana wayang dan memerhati diri yang selesa - bukan lagi dalam bentuk rasional yang kering.
Salah satunya ialah membanyakkan aktiviti dan permainan dalam kelas. Ia akan memberi nafas baru dalam bilik latihan. Ia akan membuatkan semua orang ceria dan gembira untuk mengikuti aktiviti seterusnya dan berfikir dengan apa yang berlaku.
Apakah azam saya selepas ini?
Saya mahu membina icebreaking dan aktiviti yang berbeza serta mampu dihasilkan on the spot/ pilih on the spot. Pasar Poket Doraemon sepatutnya menjadi lokasi sedemikian, namun ia belum dimanfaatkan dengan baik.
Apabila banyak pilihan pada bila-bila masa, ia akan membantu dalam membina branding diri saya sebagai seorang yang melaksanakan training dengan aktiviti yang menarik dan tidak membosankan - di samping tidak terlampau serius.
Ia akan menjadikan peserta makin berfikir.
Makin serius untuk mencari jawapan dan mengaitkan dengan fakta yang ingin disampaikan.
Nekad baru dalam melaksanakan training pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment