Wednesday, October 16, 2013

Trainer berinteraksi dengan intelek dan emosi peserta

"Saya suka program tersebut."
"Saya makin yakin selepas ke program tersebut."
"Saya berazam untuk berubah selepas menghadiri seminat itu."

Apakah yang disentuh oleh seorang trainer dalam sesuatu program? Fizikal, intelek dan emosi. Namun yang utama ialah aspek intelek dan emosi. Manakah spiritual? Itu hubungan manusia dengan Tuhan, tidak mampu disentuh oleh mana-mana manusia. Kalau ingin menyentuhnya, ia boleh dilaksanakan dengan memberikan sentuhan fizikal, intelek atau emosi yang mengikut kepercayaan dan spiritual yang terbaik.


Mereka berubah selepas menangis dalam program saya...

"Bagaimana kalau peserta menangis dan ramai yang berubah selepas mengikuti program saya? Bukankah itu petanda bahawa program saya berkesan?"

Menangis di hadapan manusia ialah aktiviti emosi. Menangis itu boleh jadi spiritual kalau ia benar-benar rasa kedekatan kepada Allah. Menangis itu boleh jadi juga disebabkan situasi di persekitaran yang dipasang lagu atau selepas di'herdik' oleh trainer.

Thursday, October 10, 2013

Mengemosikan spiritual - sesuaikah?

"Mengapa selepas program itu, yang menangis tidak jauh kesannya?"
"Saya tak nak pergi program itu lagi. Asyik kena nangis je.."

Apa yang berlaku dalam trend dunia motivasi atau latihan di mana peserta cuba elakkan untuk hadir kerana akan 'menangis'? Apa yang berlaku apabila guru mengharapkan penceramah mampu 'menangiskan' anak murid mereka?