Sumber: https://www.facebook.com/faeezafadel/posts/987450641298159
MENGAPA HARUS KONTEN PROGRAM MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN INSAN BERSUMBERKAN LANGIT DIANAKTIRIKAN OLEH KLIEN? (SATU SUDUT PANDANG DARIPADA PENGURUS SUMBER MANUSIA)
*******************************************
.
Ya. Benar.
Bahawasanya program latihan untuk self development, motivasi dan pembentukan sikap perlu lebih kreatif dengan menggunakan kaedah dan pendekatan moden agar program itu tidak menjemukan.
.
Oleh sebab itu, sebagai contoh, ramai pekerja yang bakal menjadi peserta program sedemikian, lebih teruja dengan program team building secara outdoor yang banyak melibatkan aktiviti 'games' dan fizikal berbanding aktiviti dalam kelas.
.
Mereka acapkali dilihat skeptikal dengan pengisian di dalam kelas kerana menjemukan, kata mereka.
.
Mengapa perlu menjemukan?
.
Atau, benarkah metod kelas betul-betul menjemukan, atau kerana minda peserta sendiri yang awal-awal membina mental-block bagi segala jenis pengisian ilmu bermetodkan kelas?
.
Betul.
Pengisian apa sahaja, jika kontennya sangat bagus, tetapi teknik pembentangannya tidak kena, maka pengisian itu tidak akan mudah melekat di akal dan minda audien.
Itu hakikatnya.
.
Namun, ilmu tetap ilmu walau apa saja cara ilmu itu dihidangkan.
Keberkesanan ilmu adalah terletak kepada keberkatan ilmu itu yang disampaikan atau didengari dengan adab-adab yang tertentu.
(Ini pula perlu dibincangkan dalam topik lain, topik adab menuntut ilmu.)
.
Bagaimana dengan konten latihan pembangunan diri yang efektif pula?
.
Bagi pengurusan atau majikan yang mementingkan keberkesanan program latihan pembangunan diri pekerja mereka, sudah tentu, konten adalah fokus pertama mereka, tanpa menafikan kepentingan metod penyampaian latihan yang berkesan oleh syarikat perunding yang bakal dilantik.
.
Namun, sebagai pengurus sumber manusia Muslim, saya merasakan bahawa apa saja latihan pembangunan kendiri, motivasi atau pembentukan sikap yang disasarkan untuk audiens Muslim, jika kontennya tiada merujuk kepada Al Quran dan Sunnah, ianya adalah seperti pengisian yang mempunyai lompong besar.
.
Seperti makan tidak kenyang, mandi tidak basah, tidur tidak lena saja keberkesanannya.
Itu pendapat saya.
Muslim, kompasnya sentiasa terarah ke Langit dan akhirat.
.
Majikan, pentadbir dan pengurusan sibuk di sana-sini memikirkan konten terbaik untuk menghidupkan budaya kerja kelas pertama, pembangunan modal insan, budaya cemerlang dalam organisasi etc etc etc dll dll dll dengan istilah-istilah moden dan bombastik.
.
Lagi keinggerisan dan kebaratan istilah itu, lagi berkesanlah program pengisian itu, fikir segelintir mereka.
.
Namun, apa yang agak membimbangkan konten yang menggunakan istilah dari Langit seolah-olah ditakuti, dengan alasan tidak mahu menjemukan pekerja yang menyertai program latihan pembangunan diri itu.
.
Diulangi, 'menjemukan peserta'.
Ya, membosankan dan menjemukan.

Adakah ada perasaan takut-takut untuk menggunakan perkataan 'mengingati Tuhan', 'mengingati mati', 'sunnah Nabi', 'halal-haram', 'syubhah' dan lain-lain istilah Al Quran yang dibicarakan oleh Tuhan di dalam aturcara program latihan motivasi?
.
Adakah istilah dari Langit ini hanya layak dibicarakan di masjid atau di atas tikar sembahyang saja?.
.
Inilah realiti cabaran yang dihadapi oleh segelintir pengurus sumber manusia yang tetap mahu berkiblatkan arahan Langit walaupun di dalam konteks profesionalnya.
(In the first place, perkataan 'walaupun' di dalam ayat di atas tidak seharusnya digunakan oleh Muslim yang Mukmin)
.
Pahit untuk mengakui dan menelan hakikat ini?
.
Ya, itulah hakikat yang tidak boleh dipandang sepi sama ada dari pihak pengurusan atau majikan di sesuatu organisasi mahupun dari pihak perunding latihan pembangunan diri dan motivasi.
.
Pengurusan sumber manusia dan pihak perunding sama-sama perlu berganding bahu dalam berbincang secara dua hala dalam menghadapi cabaran 'apabila agama dipandang asing' ini.
.
Wallahu a'lam.
(Komen membina dialu-alukan terhadap artikel ini.)
.
Segala yang baik datangnya dari Tuhan.
Apa-apa khilaf dalam penulisan ini pohon dimaafkan.

No comments:
Post a Comment