Tuesday, May 21, 2013

Trainer besar, trainer kecil

Ramai yang ingin menceburi bidang latihan. Beliau mungkin seorang guru, ustaz, pensyarah, jurutera atau staf pusat latihan.

Ada 3 elemen utama dalam dunia latihan atau training: kandungan (content), pemasaran (marketing) dan pengurusan acara (event management). Ia boleh diringkaskan sebagai CME.


Perjalanan menjadi seorang trainer

Ada banyak jalan untuk menjadi seorang jurulatih yang berjaya. Apa maksud berjaya? Mungkin ia didefinisikan dengan modul yang baik, income sebulan sekitar 10K atau mungkin dengan pengikut yang ramai.

Definisi boleh berbeza. Namun saya ingin berkongsi perjalanan saya untuk dikongsikan dengan dengan hadiran pembaca.

Kerja dengan syarikat lain
Saya mula bekerja dengan satu pusat latihan 3 tahun. Kemudian saya berkerja dengan syarikat konsultan yang menguruskan 5S, ISO 9000 atau OSHA. Banyak pengalaman saya cedok dari kedua-dua syarikat ini.

Syarikat sendiri - dunia kecil
Kemudian saya bina sendiri syarikat. Tidak lama ia bertahan, kemudian saya ke luar negara. Saya tinggalkan syarikat setahun jagung itu tinggal dan saya teruskan pencarian ilmu dan pengalaman di luar negara.

Syarikat sendiri - hala tuju besar
Kemudian setelah 2 tahun di luar negara, saya meneruskan syarikat saya. Kali ini dengan hala tuju yang baru. Ia juga segar. Modul dikemaskini. Sijil dan pengalaman dicedok dari merata tempat.

Perjalanan anda?

Adakah semestinya bekerja dengan syarikat lain atau syarikat sendiri?
Bukan itu sahaja.
Proses memahami 3 elemen di atas - CME - amat penting. Makin ia matang, ia akan makin diterima oleh ramai.

Trainer kecil bertatih dan mencari rentak CME.
Trainer besar sudah mahir dan mampu membaca CME dengan arif.

Insha-allah saya akan kongsikan perjalanan dan check list tersebut untuk anda mampu melihat langkah demi langkah anda dalam dunia latihan dan perundingan.

No comments:

Post a Comment