Tuesday, May 28, 2013

Pemikiran desain ketika membina modul

Dalam dunia latihan, membina modul amat penting. Ia satu kemahiran yang tersendiri. Salah satu elemen penting untuk mewujudkan modul yang baik ialah pemikiran desain atau design thinking. Pemikiran desain dimanfaatkan oleh usahawan untuk memajukan bisnes. Dalam dunia latihan, pemikiran desain berkaitan bagaimana menyusun sesuatu maklumat dan program dalam latihan agar peserta mampu untuk mencapai objektif yang disasarkan.


Berikut ialah antara elemen penting dalam membina modul:

  1. Mengetahui keperluan 
  2. Menetapkan objektif modul 
  3. Mengumpulkan elemen berikut:
    1. Tell 
      1. Berasaskan kepada 5 jenis dalil atau bukti
    2. Show
      1. Menyampaikan dalam bentuk fakta atau cerita yang lebih luas
      2. Menggunakan alat bantuan audio atau visual jika perlu
    3. Do 
      1. Merancang apakah aktiviti atau permainan sesuai untuk peserta
      2. Menyiapkan segala lembaran atau keperluan aktiviti
    4. Review
      1. Mengadakan sesi kesimpulan dengan peserta
  4. Merancang learning plan dan program tentatif.
4 perkara di atas ialah antara kandungan utama mendesain sesuatu latihan. Trainer yang berpengalaman boleh memulakan usaha membina modul dari nombor 3 dan diterbalikkan kepada no 1 atau 2. Namun untuk trainer yang baru berkenalan dengan dunia latihan, mengikut langkah ini amat berbaloi untuk memastikan kualiti modul yang dihasilkan.

Berminat membina modul sendiri atau menaiktarafnya? Ikuti program terkini.

No comments:

Post a Comment