Sunday, April 21, 2013

Senarai semak malam sebelum training bermula

Apa yang perlu dibuat pada malam sebelum berlangsungnya training? Kalau ia training 3 hari atau 1 hari atau 2 jam, saya biasanya akan berbuat begini:



  1. Di mana lokasi program (P). Ia untuk memastikan saya bawa keperluan yang sesuai. Kalau ke hotel, tertinggal tuala tidak mengapa. Namun kalau ke kem, bersedia untuk tidak mandi atau mengelap badan dengan baju sukan kalau tidak membawa tuala. Mode program di hotel juga berbeza. Apa kelebihan di sana perlu dimasukkan dalam modul agar peserta merasai 'nikmat' di lokasi tersebut sepanjang program. Jangan sampai ada pantai, ditengok sahaja sepanjang program tanpa ada ruang untuk mereka berendam atau berlarian atas pasir.
  2. Apa keperluan program (P) secara teknikal seperti switch atau apa-apa bahan lain. Biasanya saya akan letak semua keperluan dalam satu beg traveler. Dalamnya ada index card, post it note, pen marker, masking tape, dan beberapa perkara lain.
  3. Pakaian sesuai (P) seperti berapa pasang baju, kasut sukan dan sebagainya.
  4. Apa modul yang akan digunakan (I). Sediakan lesson plan dan training materials yang akan digunakan esok. Pastikan tajuk yang akan disampaikan besok disemak kembali sumber rujukannya. Kalau ada aktiviti terbaru, saya akan menyemak kembali apakah ia sudah difahami dengan baik menggunakan teknik TSDR (Tell-Show-Do-Review).
  5. Nota untuk peserta (I) untuk dibanyakkan dan bagaimana ia diberikan.
  6. Sediakah emosi ? (E) Ini amat perlu diberi perhatian. Perlu tahu mereka datang dari organisasi bagaimana. Cuba memahami masalah atau cabaran mereka. Semak web peserta atau klien. 
  7. Semak siapa peserta (E). Gred atas atau bawah. Kalau campur, maka saya kena banyakkan aktiviti walaupun dalam dewan. Aktiviti menekankan aspek fizikal (buat, pertandingan, poin, hadiah adalah perkataan yang amat seronok dengan peserta kumpulan ini )dan tidak banyak sangat intelektual (diskusi/ tulis/ fikir).
  8. Doa (S). Ia amat penting. Ia amat asas untuk mendapatkan kekuatan dan keberkatan dari Yang Maha Berilmu. Ketika berdoa, saya yakin bahawa persediaan fizikal, intelek mahupun emosi saya tidak cukup. Apabila diserahkan kepada Allah, ia akan menjadikan malam sebelum training boleh tidur dengan aman, Alhamdulillah. 
Moga dengan persediaan begini, saya akan lebih bersedia untuk melangkah dalam dewan dengan nyaman. :)

No comments:

Post a Comment