Tuesday, May 28, 2013

Modul - branding dulu atau modul kecil dulu?

Antara diskusi penting dalam dunia latihan ialah adakah saya perlu membina modul mengikut kepada keperluan pelanggan dulu atau saya perlu bina branding saya dulu?

Saya ingin berkongsi kelebihan dan kelemahan kedua-duanya. Dan kita akan melihat manakah yang terbaik.


Kelebihan dan kelemahan memenuhi keperluan pelanggan

Antara kelebihan memenuhi keperluan pelanggan ialah ada pelanggan yang berpotensi mengambil tajuk generik atau yang biasa dilaksanakan di sekolah atau dalam organisasi. Sebagai contoh, tajuk teknik komunikasi adalah satu kursus yang diperlukan di mana-mana sahaja.

Kelemahan modul yang memenuhi keperluan pelanggan ialah kerana kalau ia generik atau banyak ditawarkan, akan banyak saingan. Ramai akan menganggap modul kita adalah hampir sama sahaja dengan modul dari trainer yang lain.

Kelebihan dan kelemahan membina branding sendiri

Kelebihan membina branding sendiri ialah ia akan memberi keunikan kepada modul yang kita bawa. Orang ramai akan mudah ingat. Kata sahaja MAP, akan ingat Dr Tengku Asmadi. Kata sahaja Lateral Thinking, akan ingat Edward de Bono.

Kelemahannya? Pada peringkat awal, ia perlu dipopularkan. Pelanggan masih tidak biasa.

Bagaimana menyelesaikan perkara ini?

Anda tidak perlu memilih. Untuk jangkamasa pendek, memenuhi keperluan pelanggan itu sesuai. Namun dalam masa yang sama, anda boleh merancang untuk membina branding sendiri.Ia akan memastikan modul anda mempunyai jangka hayat yang panjang.

Sebagai contoh, jika saya menggunakan branding PIES atau CASIC, ia boleh diintegrasikan dengan tajuk generik pelanggan seperti komunikasi, perancangan strategik atau mana-mana modul lain yang amat diperlukan oleh pelanggan. Di peringkat awal dulu, saya hanya melaksanakan latihan generik tanpa ada branding PIES atau CASIC. Kini apabila satu pelanggan sudah mengambil servis saya, pelanggan lain juga berminat dan mudah untuk dirujuk kepada branding PIES atau CASIC itu sendiri yang mudah membezakan dengan produk latihan lain.

Branding bukan sekadar nama
Perlu ditegaskan bahawa branding dalam dunia latihan bukan sekadar nama. Ia perlu mempunyai kandungan atau content yang berasaskan kajian yang mantap. Jika ini tidak dilaksanakan, kesannya ialah pelanggan meletakkan branding kita di tempat yang rendah kualitinya.

Antara kaedah untuk memantapkan branding kita:

  1. Ada blog atau web menulis berkaitan branding kita
  2. Kita menulis buku 
  3. Branding kita itu mempunyai 5 jenis pembuktian atau dalil. Bukan sekadar 1 atau 2 dalil sahaja.
  4. Modul kita ada kajian formal di peringkat jurnal atau akademik
  5. Modul kita mampu membawa kepada tahap aplikasi atau return on investment.
Berminat membina modul sendiri atau menaiktarafnya? Ikuti program terkini.

No comments:

Post a Comment