Thursday, November 14, 2013

Soalan asas menguji kekuatan modul

"Modul dia hebatlah."
"Ye ke? Bagaimana kualiti modul aku? Macam mana nak semak?"

Modul adalah satu perkara yang penting dalam dunia latihan. Ada pelbagai cara menilainya. Namun banyak juga modul yang tidak disemak lantaran tidak ada badan yang mengusahakan piawaian atau standard. Ia hanya diketahui utuh atau tidak selepas ia dibentangkan kepada peserta. Ini memberi risiko kepada klien yang mengambil servis seseorang jurulatih atau konsultan.


Secara asas, ada beberapa perkara yang boleh disemak. Berikut ialah senarai semak soalan untuk menguji sesuatu modul itu mantap atau tidak.

1) Apakah ayat tesis (dari Quran dan Sunnah) untuk modul utama ?
2) Nyatakan flow keseluruhan program
3) Apakah tools yang akan diperkenalkan?
4) Apakah ayat tesis dan dalil yang 5 bagi setiap tools yang diperkenalkan?
5) Apakah aktiviti atau games bagi menjadikan program ini lebih praktikal?
6) Ada big game sepanjang program?

Jika soalan-soalan di atas mampu dijawab dengan baik, modul anda adalah mantap!

No comments:

Post a Comment