Program 9 orang MasterPIES
Saya mencuba kali pertama melaksanakan program MasterPIES ketika di US. Pada waktu itu yang masyhur ialah forum - bukan Facebook. Itu tahun 2008. Saya belajar dari seseorang di Los Angeles, kemudian saya laksanakan. Saya melaksanakan marketing kepada pelajar-pelajar Malaysia di US. Yuran agak tinggi - USD 300 untuk program selama sebulan. 9 orang bersetuju.
Ada pelajar di New Jersey, New York, Michigan, Pensylvania dan beberapa lokasi lain di US. Ia satu kejayaan. Saya memanfaatkan teknologi untuk berkongsi ilmu.
Ada 101 peserta
Beberapa bulan sebelum saya pulang ke Malaysia, saya melaksanakan survey. Saya bercadang melaksanakan program MasterPIES di Malaysia pada hujung Jan 2010. Saya akan sampai di Malaysia pada DIs 2012 dan sejurus selepas saya di Malaysia, saya terbang semula ke Jepun untuk satu program di sana. Dalam saya berada di sana, marketing terus berjalan secara online. Ada peserta dari forum yang mendaftar. Saya amat berpuas hati dengan kehadiran peserta 101 orang.
Kumpulan ini adalah kumpulan pertama di Malaysia yang mengikuti program MasterPIES dan CASIC peringkat awal.
Apakah kemahiran yang digunakan?
Apabila saya menyemak apakah kemahiran yang saya gunakan selama ini, berikut ialah antara senarai yang saya dapat kenalpasti sebagai asas bagi seorang trainer atau pasukan yang akan membantu seorang trainer:
- Kemahiran membina 'tribe'
Pada waktu itu saya gunakan Forum. Kini ada Facebook. - Kemahiran membina 'agent'
Saya menggunakan sistem affiliate. Saya bina sendiri dengan plugin yang dibeli mahal waktu itu. - Kemahiran membina 'minisite'
Ia digunakan untuk menyampaikan mesej kepada pembaca dalam satu laman. Ada cara untuk menulis dengan cara bergaya namun masih beretika. - Kemahiran membina website atau blog
Dulu saya guna Joomla. Kini saya guna Wordpress. Ada template percuma atau berbayar yang saya gunakan. - Kemahiran membina web keahlian
Saya gunakan plugin agar peserta dapat mengakses video atau audio yang saya ajar dalam latihan di peringkat online. Ada yang sanggup membayar kerana jauh dan tidak mampu mengikuti program saya secara live. - Kemahiran membina seminar online
Saya menggunakan webinar dan beberapa software lain. Ia memberi peluang rakan di seantero dunia mengikuti apa yang saya kongsikan. Banyak program online ini saya kendalikan secara percuma. - Youtube
Saya merakam waktu itu dengan menggunakan mic yang berharga sekitar RM 800. Amat berkualiti alhamdulillah. Saya masih menggunakannya sekarang untuk membina audio atau video berasaskan skrin. Kini saya ada Ipad untuk membantu membuat video dan dikongsikan di web. - Video rakaman skrin
Saya juga membuat video menggunakan isi kandungan di komputer dengan merakam skrin. Ia amat mudah dan berbaloi.
Itu antara kemahiran lama saya. Kini ditambah dengan Facebook (ada software yang digunakan) dan bantuan lain, ia memudahkan urusan sebagai seorang trainer.
Bayaran banyak
Dulu saya banyak membayar untuk belajar itu semua. Saya perasan di Malaysia semua tajuk di atas boleh mencecah lebih RM 5000. Namun saya yakin ada peserta yang tidak mampu untuk mengikuti semahal itu. Saya berazam untuk berkongsi dengan kos yang rendah agar ilmu ini dapat disampaikan dengan meluas.
Saya harap dapat berkongsi ilmu-ilmu ini dalam program terdekat.
P/S Jika tuan puan berminat, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan diskusikan bersama rakan-rakan lain agar ilmu ini dapat dikongsikan berdekatan tempat anda.
P/S Jika tuan puan berminat, boleh tinggalkan komen di bawah. Saya akan diskusikan bersama rakan-rakan lain agar ilmu ini dapat dikongsikan berdekatan tempat anda.
No comments:
Post a Comment