Banyak tools dalam dunia latihan. Ia boleh berbentuk fizikal, intelektual atau emosional atau spiritual.
Fizikal
|
Props, alam sekitar, gambar atau situasi dalam dewan
|
Intelektual
|
Isi dengan Akronim, ‘coining new term’, ‘rejuvenate new terms’
|
Emosi
|
Cerita, games, aktiviti
|
Spiritual
|
Ayat Quran atau Hadith,amalan spiritual
|
Dalam artikel ini, saya ingin membincangkan tentang tool intelektual untuk diperhatikan dengan secara mendalam.
Akronim dalam dunia latihan
Akronim adalah salah satu tool yang boleh dimanfaatkan. Namun adakah akronim yang penting atau isi akronim yang penting dalam menyampaikan latihan? Isi akronim. Malah akronim itu adalah salah satu kaedah untuk menghafaz sesuatu perkara, bukannya tujuan sesuatu latihan itu dilaksanakan. Akronim adalah satu proses. Jangan gunakan ia secara public terlampau banyak – cukup dengan menyatakan isi penuh kepada apa yang cuba disampaikan oleh akronim tersebut.
Akronim sebagai proses atau output
Jika akronim adalah proses, ia hanya diterangkan sedikit dan bukan tujuan sebenar sesuatu latihan. Apa yang lebih penting ialah isinya. Mari kita melihat beberapa aspek untuk memastikan isi akronim ini mantap dan tidak menyebabkan sesuatu akronim itu menjadi amat lemah atau memualkan kerana terlampau banyak dihidangkan tanpa mampu digunakan pada masa yang sesuai. Laksana terlampau banyak gajet yang dibentangkan, namun semuanya produk China yang disangsikan kualitinya.
Ciri Akronim Yang Mantap dan Kuat
1. Konsisten
Apa yang dimaksudkan dengan konsisten? Kalau ia dipenuhi dengan kata kerja, dapatkan semua kata kerja. Kalau semua kata nama, dapatkan semua kata nama. Kalau ingin digunakan salah satunya bukan kata nama, ia perlu mampu diterangkan secara ilmiah – bukan sekadar mencampakkan pelbagai perkataan ke dalam akronim tersebut.
Sebagai contoh, apakah yang menyebabkan seseorang berjaya:
Bangun awal
Disiplin
Menghormati orang lain
Apakah akronimnya? BaDam. Konsisten? Tidak: kerana bangun adalah kata kerja, disiplin ialah kata nama manakala menghormati ialah kata kerja sekali lagi.
Ini tidak mematuhi kriteria.
Apakah contoh yang konsisten?
Apakah cara untuk menganalisis diri? SWOT. Ia konsisten kerana menyatakan kata nama – strength, weakness, opportunity dan threat.
2. Menerangkan satu konsep dan mampu dijelaskan tanpa akronim.
Sesuatu akronim yang kuat akan mampu menerangkan satu konsep dengan baik. Sebagai contoh, SWOT menerangkan tentang bagaimana menganalisis diri atau organisasi. Tanpa akronim, ia mampu dijelaskan kepada orang ramai.
Kursus SWOT
Kursus Analisis Diri & Organisasi - Akronim kuat (boleh diterangkan tanpa akronim, hanya terangkan konsep)
Kursus BaDaM
Kursus Seorang Pejaya – Akronim tidak kuat (tidam mampu diterangkan tanpa akronim)
3. Ada dalil yang kukuh
Akronim yang mantap mempunyai dalil atau penerangan yang kukuh dalam aspek pelbagai: Quran dan Sunnah, sejarah, sains, psikologi atau ilmu lain. Ia bukan sekadar untuk memudahkan cara mengingat sahaja.
Sebagai contoh, akronim DUIT untuk berjaya. DUIT mewakili doa, usaha, ikhtiar dan tawakal. Bukankah usaha dan ikhtiar itu dua perkara yang sama? Ini kesan penghasilan akronim dengan cara ‘mencampakkan sahaja seperti tomyam’ tanpa ada kajian dan dalil yang kukuh.
4. Bukan sekadar BaDaM atau 4M
Selain itu, akronim yang kuat bukan sekadar mengumpulkan 4M.
Sebagai contoh: Apakah ciri orang berjaya?
Membangunkan diri awal
Menguruskan tidur
Mengemas kasut
Mandi awal
Apakah akronim? 4M
Apakah yang berlaku dalam akronim di atas? M itu tidak mampu dibezakan antara satu sama lain. Malah lebih teruk ialah apabila M itu hanyalah imbuhan, bukan mewakili kata kerja atau kata nama yang berbeza.
Berhati-hati menggunakan akronim
Sebagai seorang trainer, berhati-hati daripada terlampau banyak menggunakan akronim. Kalau ia ingin digunakan sebagai pemudah cara untuk mengingat, simpan sendirian. Jangan ‘dimuntahkan’ semua dalam program atau latihan. Kalau perlu digunakan, keluarkan satu atau dua sahaja sepanjang program – dengan syarat akronim yang dikeluarkan itu kategori kuat – bukan akronim lemah.
Kekadang akronim ini tersebar luas dalam sesuatu bahasa seperti yang berlaku ketika saya ke Jakarta. Ada JaIm (Jaga Imej), PD (percaya diri), CaPres (Calon Presiden) dan banyak lagi perkataan yang menggabungkan pelbagai perkataan untuk dipendekkan. Kesan akronim begini? Ia mencabar kepada keaslian dan kemandirian individu yang menggunakan bahasa tersebut.
Trainer yang terlampau banyak menggunakan akronim yang lemah akan melemahkan kredibiliti seorang trainer itu sendiri. Kalau perlu bawa perkara baru dalam dunia latihan, gunakan tools kaedah lain seperti ‘coining new term’ atau ‘rejuvenate new terms’.
Apa pendapat anda bertemu penceramah begini:
“Saya akan menyampaikan teknik belajar 4M. M pertama ialah menghormati guru. Bagaimana menghormati guru? Ada kaitan BaDaM. Apakah yang perlu kita faham tentang kaedah BaDaM? Bialah bangun awal kerana banyak kelebihan bangun awal : iaitu BerTanYa – mewakili Berkat, Rezeki tidak terhingga, Tawakal, Yakin . Siapa ingin tahu rahsia-rahsia lagi? Ikuti seminar Belajar Pandai untuk Menjadi Jutawan saya yang akan datang.”
No comments:
Post a Comment