Ketika saya memulakan syarikat sendiri dalam dunia latihan, saya terkebil-kebil. Asalnya saya yakin akan banyak projek yang boleh saya dapat. Ketika saya berkerja dengan satu syarikat konsultan, banyak projek yang saya dapat. Malah ada yang mencecah ratusan ribu dan juta. Namun selepas membina syarikat sendiri, saya terkial-kial.
Inilah antara komponen yang saya baiki dari semasa ke semasa. Hingga tahun 2013 - ketika artikel ini ditulis. Saya yakin juga ia akan berterusan selagi saya terlibat dengan dunia latihan.
- Target Modul
- Kandungan & Kajian
- Kemahiran Bina Modul
- Modul Siap
- Info pasal Produk
- Melaksanakan Pemasaran
- Projek Diperoleh dari Semasa ke Semasa
Saya akan kupas secara ringkas semua langkah tersebut dalam bentuk soalan untuk senarai semak. Perlu diingat bahawa selepas satu projek selesai, ia akan membawa kepada langkah nombor 1 semula.
Target Modul
- Apakah target atau objektif modul saya?
- Siapakah klien modul saya?
- Apakah learning objective yang ingin dicapai daripada modul saya?
Kandungan & Kajian
- Apakah sumber kandungan modul anda ?
- Adakah ia kajian khusus daripada anda sendiri atau orang lain?
- Adakah ia ada melibatkan 5 jenis dalil ?
- Ia ada model ? Apakah bentuk kajian yang mengesahkan kandungan dan kajian anda?
Kemahiran Bina Modul
- Adakah anda pernah mengikuti TTT?
- Adakah anda pernah mengikuti mana-mana teknik membina modul?
- Modul anda ada Learning Plan ?
- Modul anda ada Training Materials? Mematuhi kepada kaedah VAK?
- Modul anda ada Participant Guide?
- Adakah anda sudah menyediakan bank aktiviti dan permainan sebagai alternatif?
Modul Siap
- Modul siap ada Learning Plan, Training Materials dan Participant Guide. Anda ada itu semua?
- Sudahkah ia disemak oleh trainer atau tokoh ilmu lain yang berpengalaman?
Info Produk/ Servis
- Adakah modul anda sudah dibina info produknya?
- Adakah anda sudah menyiapkan kertas kerja berkaitan? Portfolio program anda sudah disekalikan?
- Sedarkah anda bahawa tanpa kertas kerja, info produk anda akan terhad pada anda sahaja ?
- Sedarkah anda bahawa jika anda tidak menyiapkan info produk dengan baik, orang lain boleh mengambil konsep anda dengan mudah dan dipasarkan?
Pemasaran Dijalankan
- Adakah anda menjalankan pemasaran sendirian atau bersinergi?
- Apakah anda membina sistem marketing anda berteraskan sumber online dan offline?
- Pemasaran produk anda menggunakan konsep Awareness, Evaluation, Purchase, Delivery & After Sales?
- Adakah anda menggunakan sistem CRM?
Projek diperoleh
- Bersediakah anda menerima projek yang amat banyak?
- Anda sudah melatih pelapis dan pasukan anda?
Selamat berjaya!
No comments:
Post a Comment