Sunday, June 23, 2013

Bagaimana dapatkan 'job' banyak dalam training?

Sejak 2003 saya terlibat dalam dunia training secara langsung (sebelum itu sudah terlibat secara tidak langsung), banyak naik turun yang ditempuh. Salah satu soalan penting sebagai seorang trainer ialah: bagaimana saya ingin dapatkan 'job' lebih banyak agar income saya stabil? Soalan itu hadir saban tahun dan saya dengar dari ramai trainer. Berikut ialah beberapa item saya catat untuk perkongsian.

Timeline 2003 - 2013
2003 Saya bekerja dengan satu pusat latihan. Saya belajar cara training dan marketing asas. Masa ini, amat sukar untuk dapatkan klien. Income paling stabil ialah RM 500 sebulan :)

2006 Saya berhijrah ke Kuala Lumpur. Saya bekerja dengan syarikat konsultan  dan belajar pelbagai kemahiran berinteraksi dengan dunia kerajaan dan korporat. Saya terlibat dalam penyediaan konsep dan kertas kerja ISO, OSHA, 5S dan pelbagai latihan peringkat organisasi dan korporat.

2007 Saya mendaftar syarikat sendiri. Saya berkongsi dengan beberapa orang. Kami menggunakan teori sendiri sahaja untuk bangun. Namun ia tidak cukup berjaya kerana tiada training atau coaching yang kami ikuti. Kalau ada pun, ia perlukan modal - yang kami kurang. Hanya teka dan buat sahaja.

2008 Saya  menemankan isteri saya ke Los Angeles. Kali ini peluang saya mengumpulkan sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu dalam perniagaan biasa, internet dan melaksanakan training.

2010 Saya kembali ke Malaysia. Network saya hampir kosong kerana lama tidak dihubungi! Namun saya gagahkan juga untuk merancang strategi untuk menguatkan syarikat dan pergi lebih jauh. Kali ini saya ada beberapa teori dan ilmu yang belajar dahulu seperti 'Riding the Giant', 'HeartSelling' dan beberapa teknik lain yang saya ikuti di Los Angeles. Program pertama saya di Malaysia peringkat umum mencecah kehadiran 100 orang, Alhamdulillah. Ia berlaku pada hujung Jan 2013.

2011 Akademi Sinergi tertubuh. Ia merancakkan dunia training saya.

2012 Saya hadir  Business Model Canvas MasterClass di Singapura. Ia memberi pencerahan besar selepas Akademi Sinergi ditubuhkan.

2013 Saya banyak menggunakan Business Model Canvas untuk melonjakkan dunia training saya. Ia banyak membantu, Alhamdulillah.

Beberapa perkara penting untuk mendapatkan lebih job

Berikut ialah beberapa perkara penting saya amalkan di peringkat ilmu untuk meluaskan latihan dan mendapatkan lebih banyak peluang, dengan izin Allah.

  1. Bukan Sale, tetapi Marketing (ada 5 fasa seperti dalam Business Model Canvas)
  2. Riding the Giant (sebesar mana anda, anda masih memerlukan Giant. Ia merujuk kepada Key Partner dalam BMC)
  3. 4C's - Content, Context, Connection, Community (boleh rujuk di sini http://www.slideshare.net/jcvangent/the-referral-engine-8141118)
  4. CME (jangan buat semua urusan. Fokus pada Content, manakala Marketing dan Event Management disusun dengan baik tanpa saya meninggalkan 100%. Ia berkaitan dengan Key Resources atau Key Partner)
  5. Command-Coach-Support-Empower (saya tidak beri latihan semua, saya kongsikan dan empower. Program 3 hari bukan saya uruskan semua.)
  6. Tanya dulu pelanggan (ada kaitan dengan Customer Validation dalam Lean Startup. Ia adalah satu proses untuk melancarkan program ketika sudah ada peserta, bukan baru nak cari peserta)
  7. PIES Reward & Currency (tidak semua klien bayar saya tetapi saya tetap mendapat pulangan yang baik, Alhamdulillah)
Insha-allah saya akan kongsikan lebih lanjut perkara ini dalam blog ini atau dalam program saya pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment