Sebelum berinovasi dengan BMC, apakah tahap interaksi anda dengan BMC sebagai konsultan atau trainer atau fasilitator atau penceramah motivasi? Saya sertakan nota semasa mengikuti kursus di Singapura tahun lepas.
Pelbagai tahap berinteraksi dengan BMC
Ada beberapa tahap berinteraksi dengan BMC di kalangan konsultan.
- The Oblivious
Seorang konsultan tahap ini melaksanakan bisnes tanpa mempunyai model bisnes. 'Just do it' adalah tema konsultan begini. Apabila menjadi bisnesnya, beliau menjadi amat yakin. Apabila tidak menjadi, beliau tidak pasti mana puncanya. Apabila menjadi bisnesnya, beliau suka. Apabila ditanya sampai bila mahu kendalikan bisnes ini: saya tidak pasti. - The Beginners
Seorang konsultan tahap ini menggunakan BMC sebagai senarai semak atau check list. Beliau akan pastikan semua komponen ada untuk melancarkan sesuatu produk. Beliau akan kemaskini semua blok dari semasa ke semasa. - The Masters
Membaiki blok yang ada serta membaiki keterkaitan antara 9 blok tersebut agar bisnesnya terus maju dan mampu bersaing atau melangkau cabaran semasa. Kalau ada orang lain buat yang sama, beliau sudah maju ke depan dengan menajamkan keberkesanan semua blok yang ada secara sistemik, bukan secara silo atau terpisah seperti no 2. - The Invincible
Konsultan tahap ini ialah beliau mencuba model bisnes baru apabila beliau sudah ada model bisnes yang sudah berjaya. Income sudah mencapai RM 10K atau 50K sebulan untuk seorang dan sudah dikira berjaya. Namun dalam masa berjaya itu, beliau mencuba model bisnes baru untuk memastikan bisnes terus berkembang pesat dan mampu memanfaatkan lebih luas pasaran.
Di manakah anda? Jika anda berada pada tahap 0, sudah tiba masanya untuk mendalami lebih lanjut tentang BMC di internet atau mengikuti mana-mana sesi. Blog ini akan berkongsi dari semasa ke semasa tentang BMC untuk Konsultan, insha-allah.
No comments:
Post a Comment