Thursday, January 2, 2014

Menentukan 'branding' modul latihan

Apa yang dipasakkan dalam kepala apabila melihat sebuah kereta Volvo? 'Safety'
Apa yang dibawa oleh Mercedes? 'Reliable'
Apa yang dibawa oleh Stephen R Covey? 'Universal Value'
Apa yang dibawa oleh MAP? Program motivasi pelajar.

Apa yang dibawa oleh modul latihan anda?


Ini ialah topik yang 'advance' dalam menentukan modul yang akan dikongsikan dengan umum. Namun perkara ini perlu diambil perhatian. Jika branding tidak dberi perhatian, modul latihan yang cuba diketengahkan akan semput untuk di tengah jalan.

Elemen branding modul

Ada 4 perkara yang perlu diberi perhatian.

  1. Tangible  (P)
  2. Intangible (I)
  3. Value (E)
  4. Soul (S)
Sebagai contoh, dalam program Rich Business School (Group RBS di Facebook), berikut ialah tangible (P) yang diperoleh: 
  • Mendengar penerangan surah dari al-Quran
  • Cerita dari sirah tentang bisnes
  • Melaksanakan qiam
  • Belajar ilmu teknikal bisnes
  • Dilaksanakan pada waktu pagi - jam 4.30 am
  • Ada breakfast
Manakala aspek intangible dari RBS ialah:
  • Pengalaman 
  • Jaringan dengan rakan-rakan bisnes dan orang berpengalaman (berpengalaman lebih 20 tahun dalam bisnes)
  • Pandangan dan perspektif baru 
  • Hidayah dari Allah
Apakah nilai atau value yang disampaikan dalam program ini?
  • Disiplin - bangun pagi - satu perkara yang penting sebagai ahli bisnes berjaya
  • Sedar tentang potensi diri terutama spiritual dalam berbisnes
  • Kembali kepada Fitrah
Soul ialah nyawa bagi sesuatu produk. Ingat Volvo, ingat Safety. Ingat Mercedes, ingat 'reliable'. 

Apakah 'soul' bagi modul latihan anda?

P/S Artikel ini ialah sebahagian isi kandungan bagi program Klinik Bina Modul untuk Trainer & Pendidik pada 17-19 Jan 2014. Info lanjut di sini https://www.facebook.com/events/772358586113724/?ref=ts&fref=ts

No comments:

Post a Comment