Saturday, March 29, 2014

'Tool' spiritual untuk melonjakkan potensi

Salah satu kekuatan yang ada pada seorang trainer ialah apabila boleh membawa keempat-empat jenis tool dalam program latihan. Tool yang menduduki tahap tinggi ialah apabila boleh dibawa 'tool' di peringkat spiritual - yang sudah dipastikan sahih dan mantap - bukan lagi tekaan atau tanpa disiplin yang ketat.

Tool spiritual tersebut boleh diadun dalam bentuk cerita, akronim atau idea atau tajuk serta aktiviti yang boleh menyampaikan kepada manfaat sebenar ayat Quran dan Sunnah tersebut. Syarat penting? Ilmu berkaitan perlu dikuasai dengan baik agar tidak berlawanan dengan intipati utama.


  • Cerita itu boleh jadi pengalaman sendiri, berita, asbabun nuzul atau apa sahaja filem atau kisah yang boleh membawa kepada intipati ayat Quran dan Sunnah
  • Akronim atau idea itu boleh menjadi tajuk dalam sesuatu sesi , serta teknik yang akan diterangkan ruang aplikasi dalam hidup seharian. Ia boleh diletakkan dalam workbook 
  • Aktiviti ini merujuk kepada pelbagai games dan aktiviti untuk memperkayakan lagi pengalaman (experiential learning) kepada peserta agar dapat mengaitkan dengan kehidupan dan bagaimana hidayah dari Allah dan panduan Rasul mampu untuk menyinari kehidupan.

No comments:

Post a Comment