Thursday, November 14, 2013

Soalan asas menguji kekuatan modul

"Modul dia hebatlah."
"Ye ke? Bagaimana kualiti modul aku? Macam mana nak semak?"

Modul adalah satu perkara yang penting dalam dunia latihan. Ada pelbagai cara menilainya. Namun banyak juga modul yang tidak disemak lantaran tidak ada badan yang mengusahakan piawaian atau standard. Ia hanya diketahui utuh atau tidak selepas ia dibentangkan kepada peserta. Ini memberi risiko kepada klien yang mengambil servis seseorang jurulatih atau konsultan.


Sunday, November 10, 2013

Mengapa trainer patut tahu cara bina modul secara sistematik?


Ramai trainer yang menyampaikan modul apabila menggunakan pengalaman yang lepas untuk melaksanakan latihan. Ada juga kaunselor dan guru yang berbuat demikian. Namun kekadang apabila ditanya apakah objektif aktiviti atau bagaimana ia boleh dinaiktaraf atau ketika peserta sudah pun mengikuti aktiviti yang lebih kurang sama, ia tidak mampu direspon dengan baik. Berikut saya kongsikan beberapa manfaat trainer tahu cara yang bersistematik membina modul.

Friday, November 8, 2013

Bagaimana membina pasaran dalam latihan

Ketika saya memulakan syarikat sendiri dalam dunia latihan, saya terkebil-kebil. Asalnya saya yakin akan banyak projek yang boleh saya dapat. Ketika saya berkerja dengan satu syarikat konsultan, banyak projek yang saya dapat. Malah ada yang mencecah ratusan ribu dan juta. Namun selepas membina syarikat sendiri, saya terkial-kial. 

Thursday, November 7, 2013

Kemahiran teknologi seorang trainer

Semasa di Los Angeles, saya cadang untuk berkerja sebagai jurutera kimia. Namun apakan daya. Master isteri saya lebih perlu diutamakan. Saya perlu menjaga anak-anak yang baru mengenal erti hidup di tanah Uncle Sam tersebut. Saya menangguhkan hasrat. Saya belajar dari rumah. Dari internet. Ada kursus yang saya hadiri di University of Southern California. Saya lengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu teknologi. Saya berjaya melaksanakan bisnes online. Seterusnya latihan secara online. Ada peserta yang saya coach dari Malaysia, Kanada, Jepun, Indonesia, Perancis dan beberapa negara lain.