Menangis di hadapan manusia ialah aktiviti emosi. Menangis itu boleh jadi spiritual kalau ia benar-benar rasa kedekatan kepada Allah. Menangis itu boleh jadi juga disebabkan situasi di persekitaran yang dipasang lagu atau selepas di'herdik' oleh trainer.
Keberkesanan seorang trainer tidak dapat dinafikan akan memberi kesan kepada peserta. Apabila peserta faham dan ingin berubah, itu ialah hidayah al-bayaan. Ia boleh berlaku dan wajar berlaku apabila si trainer menyampaikan dengan berkesan samada dengan muzik atau tidak. Samada melatih dengan niat peserta menangis atau tidak.
Namun perubahan dalam diri manusia sebenarnya disebabkan hidayah at-tawfeeq. Nabi berusaha keras berdakwah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Abu Talib faham lantas melindungi Nabi dari bahaya orang Mekah. Namun beliau tetap tidak menerima Islam. Hidayah at-Tawfeeq tidak berlaku.
إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ
يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ (٥٦)
28:56. Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak
berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia
menerima Islam), tetapi Allah jualah Yang berkuasa memberi hidayah petunjuk
kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan
Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang (ada persediaan untuk)
mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
Apakah sebab untuk mendapat hidayah at-tawfeeq? Allah sahaja yang tahu.
Dia berubah, trainer di mana?
Apabila trainer melaksanakan program untuk orang menangis dan mahu 'memberi kesan' bukannya diserahkan kepada Allah, ia akan memberi kesan sampingan kepada spiritual si trainer. Si trainer akan mudah kecewa kalau perubahan yang nampak dalam program itu tidak berpanjangan selepas program. 'Organizer' atau cikgu pun akan kecewa serta mengeluarkan kata-kata: "Tengoklah 2,3 minggu. Habislah tu." Apabila hasil itu diserahkan kepada Allah, doa akan menyusul "Moga anak murid saya mendapat tawfeeq untuk terus melaksanakan perubahan."
'Muzik' itu akan menyentuh emosi, bukannya spiritual. Zikir dan al-Quran akan memberi kesan kepada spiritual. Ulama terdahulu amat sensitif kesan muzik kepada jiwa. Apabila hati disiram dengan muzik, al-Quran akan memberi kesan tidak seefektif mana. Seorang trainer perlu mampu membezakan kesan aktiviti yang dibuat kepada potensi dalam diri seseorang. Seperti kita tahu makanan itu akan memberi kesan kepada fizikal manusia, bukannya kepada intelek. Mana mungkin semudah makan coklat minda, terus jadi pandai secara intelek.

Apakah cara paling selamat untuk melaksanakan satu latihan? Si trainer ikut kepada sunnah Nabi dan si peserta juga terus mencari ilmu untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
Si trainer jaga niat bukan untuk 'menangiskan orang' atau 'mengubah serta menukar orang' serta elakkan dari menyuruh peserta berkongsi 'taubat' atau sujud pada bukan tempatnya.
Si peserta dengar dan ambil pedoman untuk menjadi asas kepada mendekatkan diri kepada Ilahi secara personal.
Kita tidak mahu si peserta berubah kerana beliau sudah berinteraksi dengan Tuhan dalam bilik latihan kita, namun si trainer 'syok' sendiri kerana rasa diri sudah mampu mengubah orang lain apabila dilihat banyak esakan dan sujud yang dibuat. Diri trainer perlu rasa bimbang kalau sujud atau esakan itu berlaku bukan kerana Allah, tetapi kerana si trainer yang menyuruhnya.
Linangan air mata selepas menonton Bollywood dan linangan air mata ketika mengenang dosa secara personal amat berbeza - walaupun secara asas kedua-duanya dari mata seorang manusia. Trainer lakukan apa yang patut dilaksanakan oleh seorang manusia yang juga ada peraturan sunnah dan niat kepada Allah.

No comments:
Post a Comment