"Kita perlu yakin pada diri sendiri."
"Kita perlu yakin pada Allah 100%. Diri kita tidak mampu untuk buat apa-apa."
"Jadi perlukah kita berusaha?"
Dialog begini mudah berlaku dalam kelas atau dewan latihan. Sebagai seorang trainer, kemampuan memahami sunnatullah (hukum alam) dan syariatullah (syariat Allah) perlu diusahakan dengan baik. Inilah asas yang perlu ada dalam mana-mana program train the trainers (TTT). Ia wajar disampaikan secara konsep, praktis dalam latihan dan kemanusiaan dan secara teknikal.
Mengapa ia perlu difahami?
Ia membina cara berfikir yang kemas dalam diri trainer ketika membina modul dan apabila mengendalikan dalam program. Jika ia dibina baik, seorang trainer mampu merungkai cabaran dalam pelbagai perspektif secara holistik dan benar.
Apabila ia diambil ringan dengan hanya membuat rujukan kepada buku-buku dari Barat sahaja disekalikan dengan cara pandang yang tidak holistik, hasil program akan mewujudkan individu yang terasing cara pandangnya. Ini adalah cabaran kepada trainer Muslim kepada peserta Muslim atau non-Muslim.
Sesuaikah sunnatullah dan syariatullah pada setiap training?
Memahami perkara ini secara konsep adalah asas. Tidak semestinya dalam setiap sesi training perlu dibacakan ayat Quran atau hadith. Namun kefahaman yang baik tentang aplikasi Islam berdasarkan kefahaman sunnatullah dan syariatullah ini akan menatijahkan manfaat yang besar.
Cadangan
Cadangan ringkas daripada artikel ini ialah bagi sebarang program TTT yang dikendalikan oleh syarikat konsultan Muslim perlu mengambil kira silibus ini dalam program mereka agar amanah ilmu dapat ditunaikan dengan baik. Ini akan melahirkan standard training yang lebih syumul dan mewujudkan sifat holistik dalam diri klien.
No comments:
Post a Comment