Aku Menjadi Seorang Jurulatih
Dulu aku ingin menjadi trainer
Ingin menjadi jurulatih
Menjadi penceramah
Mengenali Dr Shukri
Mengenal Dr Hassan Ali
Mengenal Dr Fadzilah Kamsah
Amat cool
Aku mengikuti laluan itu
Aku panjat
Aku daki
Mungkin suatu hari nanti aku akan jadi seperti mereka
Rupa-rupanya hidup trainer dan penceramah berbeza
Kesinambungan hidup mereka juga berbeza
Tetap manusia biasa yang ada pasang surutnya
Ketika berceramah atau berprogram, orang menganggap hebat
Namun dalam diri terasa decak gugup
Dengan amanah yang diberikan
Awalnya berusaha benar-benar
Selepas bertahun dan belas tahun dalam dunia ini
Tetap ada gugup dengan amanah ini
Apatah lagi dengan bayaran yang diterima
Sebagai amaran 'jangan makan dengan cara yang salah!'
Aku perlu patah balik?
Aku perlu teruskan?
Apabila tujuannya ke arah kebaikan, bantulah aku ya Allah
Apabila diri ini penuh kelemahan, tegurlah aku ya Allah
Apabila ego mula naik, tegurlah dengan ayatMu ya Allah
Jangan biarkan aku terkapai-kapai
Dalam arena ini
Menyampaikan kebaikan biarkan sedikit
Biarpun satu ayat
Kerana itu seruan dari junjungan mulia Nabi Muhammad
Ya aku bersama rakan tetap pegang
Bantu aku
Bantu kami ya Allah.
No comments:
Post a Comment