Monday, November 9, 2015

Perkongsian Puan Faeeza dari Melaka

Sumber: https://www.facebook.com/faeezafadel/posts/987450641298159

MENGAPA HARUS KONTEN PROGRAM MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN INSAN BERSUMBERKAN LANGIT DIANAKTIRIKAN OLEH KLIEN? (SATU SUDUT PANDANG DARIPADA PENGURUS SUMBER MANUSIA)
*******************************************
.
Ya. Benar.
Bahawasanya program latihan untuk self development, motivasi dan pembentukan sikap perlu lebih kreatif dengan menggunakan kaedah dan pendekatan moden agar program itu tidak menjemukan.
.
Oleh sebab itu, sebagai contoh, ramai pekerja yang bakal menjadi peserta program sedemikian, lebih teruja dengan program team building secara outdoor yang banyak melibatkan aktiviti 'games' dan fizikal berbanding aktiviti dalam kelas.
.
Mereka acapkali dilihat skeptikal dengan pengisian di dalam kelas kerana menjemukan, kata mereka.
.
Mengapa perlu menjemukan?