Tuesday, July 2, 2013

Konsultan - Ada apa pada IT?

Seorang jurulatih atau fasilitator boleh memanfaatkan IT untuk menjadikan dunia latihan lebih menarik. Ketika saya di Los Angeles, saya banyak mengikuti ilmu teknologi dan latihan. Banyak wang dihabiskan untuk belajar dalam masa 2 tahun tersebut. Banyak ilmu yang dicedok dan sebahagiannya saya manfaatkan sekarang.

Alangkah menariknya buat kertas kerja bersama

Google Docs adalah solusi untuk perkara tersebut. Dahulu saya buat kertas kerja versi 1. Selepas itu ia dikirimkan kepada rakan lain untuk update dan semak. Namun kini tidak lagi dengan Google Docs.

Malah kalau saya ada kajian atau modul baru dalam pembinaan, ia boleh dikongsikan dan diedit 'on the fly' tanpa perlu tunggu siap dan kirim. Kekadang ada kerja yang terbengkalai kerana tidak berkirim.

Alangkah menariknya peserta dapati ikuti rakaman program

Dulu saya mengimpikan rakaman program saya boleh diikuti semula oleh peserta. Kini ia mudah dengan Ipad atau smart phone atau video cam.

Malah lebih dari itu, ada plugin untuk membina web keahlian. Ahli berbayar atau percuma boleh mendapat akses bahan kita pada tempoh atau modul tertenu. Kalau saya ada 10 modul, saya boleh bagi akses kepada syarikat tertentu pada masa berbeza. Amat mudah untuk memberi follow up kepada klien yang baru sahaja ditinggalkan.

Alangkah menariknya peserta boleh mendaftar program dan mendapat update

Dengan servis SMS, autoresponder atau Postplanner, banyak perkara boleh dirancang awal dan update akan hadir kepada peserta atau klien pada masa yang sesuai. Isu tiada follow up akan berkurang kerana menggunakan teknologi.

Apabila peserta mendapat info selalu, mereka rasa dekat dengan apa yang kita bawa. Mereka akan mudah menilai samada perlu atau tidak mengikuti program seterusnya.

Alangkah menariknya saya boleh buat website profesional hanya dengan kos serendah RM 1

Membina website percuma banyak di pasaran. Namun kalau ingin bina web dengan alamat sendiri tanpa berbelanja besar, gunakan subdomain. Ia hampir percuma, syaratnya seorang konsultan perlu ada hosting yang amat murah sekarang.

Malah kalau saya inginkan alamat email saya fazrul@akademisinergi.com atau fazrul@totalsuccess.my, ia boleh dihasilkan dengan amat mudah apabila tuan puan mempunyai akses kepada cpanel.

Itu antara yang saya pernah belajar...

Tidak perlu lantik konsultan luar melaksanakan perkara di atas. Ia boleh dibuat sendiri dengan ilmu yang mudah dipelajari. Saya yakin dunia konsultan akan menjadi amat meriah apabila IT mewarnai aktiviti kita.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Tuan Fazrul Yang di kasihi Allah.. saya tertarik dan berminat ingin mempelajari ilmu IT yang Tuan maklumkan diatas, boleh ka saya berguru dengan Tuan.? :)

    ReplyDelete