Tuesday, June 9, 2015

Membina Estetika Dalam Latihan

Nilai estetika dalam bilik latihan adalah satu perkara penting untuk mewujudkan suasana wayang dan memerhati diri yang selesa - bukan lagi dalam bentuk rasional yang kering.

Salah satunya ialah membanyakkan aktiviti dan permainan dalam kelas. Ia akan memberi nafas baru dalam bilik latihan. Ia akan membuatkan semua orang ceria dan gembira untuk mengikuti aktiviti seterusnya dan berfikir dengan apa yang berlaku.

Apakah azam saya selepas ini?

Thursday, March 5, 2015

al-Quran dan Trainer

"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (3:79)

Ini peringatan untuk Nabi yang mengajar. Kalau umat Nabi yang mengajar dan menjadi jurulatih?
Sudah tentu peringatan itu juga untuk kita. 
Apa yang berlaku jika tidak dikembalikan kepada al-Quran? Kita sendiri akan bermasalah kerana akan hadir masa peserta 'menghambakan' diri kepada si jurulatih - sanggup buat pelbagai perkara. Apabila si jurulatih 'menghambakan' orang lain, si jurulatih bukanlah hamba Allah yang sebenar. Bantuan dan keberkatan dari Allah itu berkurang.

Ini ialah peringatan untuk jurulatih.

Tuesday, December 2, 2014

Model memantapkan modul

Jika anda ada model yang utuh, modul anda akan menjadi amat mantap. Cukup dengan satu model, ia akan menyebabkan anda akan mampu menghasilkan modul pelbagai.

Berikut ialah analisa atau soalan yang boleh anda semak samada anda mempunyai model yang bagus atau perlu dimajukan:


  1. Adakah ia mempunya kata nama atau kata kerja yang konsisten? Jika bercampur-campur, itu maksudnya model itu agak lemah.
  2. Jika ia kata kerja, adakah akronim yang digunakan itu berdasarkan kepada imbuhan? Kalau ya, itu maksudnya model itu lemah.
  3. Adakah susunan akronim atau diagram itu tersusun kemas atau disusun tunggang terbalik? Kalau susunannya kemas dan ada makna, itu model yang bagus.
  4. Adakah model ini disokong oleh 5 dalil (naqli, aqli, hissi, fitri dan taarikhi)? Jika ya, ia mantap. Jika tidak, ia perlu dimajukan.
  5. Adakah sumber dalil itu disokong oleh orang lain yang mengkaji perkara yang sama di kalangan pakar?
Soalan-soalan di atas adalah senarai semak untuk memastikan model sesuatu organisasi itu mencapai tahap penyelesaian yang baik

Saturday, March 29, 2014

'Tool' spiritual untuk melonjakkan potensi

Salah satu kekuatan yang ada pada seorang trainer ialah apabila boleh membawa keempat-empat jenis tool dalam program latihan. Tool yang menduduki tahap tinggi ialah apabila boleh dibawa 'tool' di peringkat spiritual - yang sudah dipastikan sahih dan mantap - bukan lagi tekaan atau tanpa disiplin yang ketat.

Thursday, January 2, 2014

Menentukan 'branding' modul latihan

Apa yang dipasakkan dalam kepala apabila melihat sebuah kereta Volvo? 'Safety'
Apa yang dibawa oleh Mercedes? 'Reliable'
Apa yang dibawa oleh Stephen R Covey? 'Universal Value'
Apa yang dibawa oleh MAP? Program motivasi pelajar.

Apa yang dibawa oleh modul latihan anda?

Thursday, December 19, 2013

Diskusi Akronim

Banyak tools dalam dunia latihan. Ia boleh berbentuk fizikal, intelektual atau emosional atau spiritual.

Fizikal
Props, alam sekitar, gambar atau situasi dalam dewan
Intelektual
Isi dengan Akronim, ‘coining new term’, ‘rejuvenate new terms’
Emosi
Cerita, games, aktiviti
Spiritual
Ayat Quran atau Hadith,amalan spiritual

Dalam artikel ini, saya ingin membincangkan tentang tool intelektual untuk diperhatikan dengan secara mendalam.

Thursday, November 14, 2013

Soalan asas menguji kekuatan modul

"Modul dia hebatlah."
"Ye ke? Bagaimana kualiti modul aku? Macam mana nak semak?"

Modul adalah satu perkara yang penting dalam dunia latihan. Ada pelbagai cara menilainya. Namun banyak juga modul yang tidak disemak lantaran tidak ada badan yang mengusahakan piawaian atau standard. Ia hanya diketahui utuh atau tidak selepas ia dibentangkan kepada peserta. Ini memberi risiko kepada klien yang mengambil servis seseorang jurulatih atau konsultan.