Wednesday, August 14, 2013

Teori proses perubahan

Untuk membina modul, seorang trainer perlu memahami tentang proses perubahan seorang manusia dan apakah yang menyebabkan seseorang berubah atau sedia melakukan transformasi diri selepas balik dari program kita. Berikut ialah dua halaman yang saya kutip dari buku Wholeness & Holiness in Education untuk rujukan.



Saya bercadang mengadakan perbincangan ringkas tentang isi buku ini untuk para pendidik dan jurulatih. Jika berminat, sila maklumkan kepada saya di email fazrul.ismail@gmail.com atau tinggalkan email anda di bawah.

Tuesday, July 2, 2013

Slaid Games & Gamification

Saya kongsikan slaid yang saya bentangkan dalam program Games & Gamification bersama Cgu Jinggo dan Dr Abdul Rahman pada 2 Julai 2013. Sila klik pautan ini

https://www.dropbox.com/sh/5to100w1r4a9aig/S20rjZ4QfE?n=135758945


Konsultan - Ada apa pada IT?

Seorang jurulatih atau fasilitator boleh memanfaatkan IT untuk menjadikan dunia latihan lebih menarik. Ketika saya di Los Angeles, saya banyak mengikuti ilmu teknologi dan latihan. Banyak wang dihabiskan untuk belajar dalam masa 2 tahun tersebut. Banyak ilmu yang dicedok dan sebahagiannya saya manfaatkan sekarang.

Saturday, June 29, 2013

Program CSR Ramadhan STE

Berikut ialah senarai nama program yang disenaraikan dalam CSR Ramadhan STE.


  1. CASIC Writing
  2. BMC 2 - umum
  3. BMC + CoRT 3
  4. BMC + CoRT 4
  5. Lean Start Up
  6. CASIC
  7. BMC untuk Students & Usahawan
  8. Usahawan Ulul Albab
  9. CASIC Coaching
  10. Master PIES
  11. Klinik Membina Modul 1
  12. Klinik Membina Modul 2
  13. Klinik Membina Modul 3
  14. Klinik Membina Modul 4
  15. Klinik Membina Modul 5
  16. Semak Modul
Dengan menyertai program ini, sebahagian besar yuran tuan puan akan diserahkan kepada kumpulan orang tua, faqir dan miskin serta projek Kampung Orang Asli. Ini ialah kempen sempena Ramadhan untuk menyuburkan budaya bersedekah.

Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Boleh Semak dan pilih serta isi borang penyertaan di sinihttps://docs.google.com/forms/d/1txnBOHdnBGRhL4ew2RkPfCMHEh5KVFD8f9zA4k2psOY/viewform

Monday, June 24, 2013

4 tahap interaksi dengan model bisnes untuk konsultan

Ada banyak model bisnes yang boleh digunakan untuk berjaya dalam dunia latihan dan konsultan. Model bisnes ini boleh dimanfaatkan oleh konsultan lain jika ia dipelajari dan dikongsikan. Jika ia tidak dapat diakses, seorang trainer atau fasilitator boleh menggunakan teknik inovasi dalam BMC untuk hadir dengan pelbagai kaedah.

Sebelum berinovasi dengan BMC, apakah tahap interaksi anda dengan BMC sebagai konsultan atau trainer atau fasilitator atau penceramah motivasi? Saya sertakan nota semasa mengikuti kursus di Singapura tahun lepas.

Sunday, June 23, 2013

Bagaimana membina modul? 3C

Bagaimana dapatkan 'job' banyak dalam training?

Sejak 2003 saya terlibat dalam dunia training secara langsung (sebelum itu sudah terlibat secara tidak langsung), banyak naik turun yang ditempuh. Salah satu soalan penting sebagai seorang trainer ialah: bagaimana saya ingin dapatkan 'job' lebih banyak agar income saya stabil? Soalan itu hadir saban tahun dan saya dengar dari ramai trainer. Berikut ialah beberapa item saya catat untuk perkongsian.