Aku Menjadi Seorang Jurulatih
Dulu aku ingin menjadi trainer
Ingin menjadi jurulatih
Menjadi penceramah
Mengenali Dr Shukri
Mengenal Dr Hassan Ali
Mengenal Dr Fadzilah Kamsah
Amat cool
Aku mengikuti laluan itu
Aku panjat
Aku daki
Mungkin suatu hari nanti aku akan jadi seperti mereka
Rupa-rupanya hidup trainer dan penceramah berbeza
Kesinambungan hidup mereka juga berbeza
Tetap manusia biasa yang ada pasang surutnya
Ketika berceramah atau berprogram, orang menganggap hebat
Namun dalam diri terasa decak gugup
Dengan amanah yang diberikan
Awalnya berusaha benar-benar
Selepas bertahun dan belas tahun dalam dunia ini
Tetap ada gugup dengan amanah ini
Apatah lagi dengan bayaran yang diterima
Sebagai amaran 'jangan makan dengan cara yang salah!'
Aku perlu patah balik?
Aku perlu teruskan?
Apabila tujuannya ke arah kebaikan, bantulah aku ya Allah
Apabila diri ini penuh kelemahan, tegurlah aku ya Allah
Apabila ego mula naik, tegurlah dengan ayatMu ya Allah
Jangan biarkan aku terkapai-kapai
Dalam arena ini
Menyampaikan kebaikan biarkan sedikit
Biarpun satu ayat
Kerana itu seruan dari junjungan mulia Nabi Muhammad
Ya aku bersama rakan tetap pegang
Bantu aku
Bantu kami ya Allah.
Tuesday, May 30, 2017
Wednesday, January 11, 2017
Antara Pendidik A+ dan Amazing Teacher - Satu Diskusi
Amazing Quran - tidak ada siapa yang mampu mempersoalkan. Ia adalah elemen spiritual dan intelektual.
Amazing Leadership - ia adalah satu proses dan intelektual - untuk dipelajari
Amazing Kindergarten - ia adalah satu hasil. Ia boleh jadi juga sebagai satu proses.
Lantas, wajarkah menggunakan istilah Amazing Kindergarten. Wajarkah menggunakan Amazing Mom atau Amazing Dad?
Amazing Quran
Ia adalah dari istilah 'qur'anan 'ajaba'. Quran paling tinggi. Semua manusia adalah sama sahaja tarafnya. Maka menyatakan Quran ini menakjubkan, tidak ada manusia lain yang boleh mempersoalkan. Semua manusia dalam proses untuk menghargai Amazing Quran tersebut. Rasa bersalah kalau tidak rasa 'amazed'.
Amazing Leadership bukan Amazing Leaders
'Riayah ajaba'.
Amazing Kindergarten
Hadhanah Ajaba'. Agak pelik. Tiada hadhanah yang amazing. 'Too good to be true' kerana ia bukan dicipta oleh Allah secara direct. Hadhanah ialah dari usaha manusia. Akan ada banyak masalah. Ada loophole. Ini tidak menakjubkan. Jangan biarkan ada orang menyatakan 'tidak amazing pun'. Ini wujud kerana kita sendiri yang claim kita 'amazing'.
Tidak seperti Quran atau ciptaan Allah pada alam maya pada.
Selain itu khuatir nanti akan menyebabkan orang lain kagum pada hadhanah ajaba' - self claim dari makhluk yang lemah. Formula kita lemah. Kalau formula itu ambil dari Quran sekalipun, hanya Quran yang layak mendapat title ajaba. Bukan hadhanah itu sendiri. Hadhanah itu cemerlang kerana berpegang kepada Quran ajaba'. Kita tidak mahu orang hanya memilih hadhanah ajaba dan menuding jari kepada hadhanah lain tidak 'ajaba. 'Ajaba bukan title atau label untuk commercialization.
Biar hebat macam mana pun hadhanah tersebut, ia adalah liabiliti untuk memegang title 'ajaba' tersebut. Amat berat.
Alternatif
1. Pendidik A+
2. Amazing Teacher
3. Towards Amazing Teacher
4. 2Wards Amazing Teacher
5. TowArdZ Amazing Teacher
6. Amazing Teacher System
Kesimpulan

Monday, November 9, 2015
Perkongsian Puan Faeeza dari Melaka
Sumber: https://www.facebook.com/faeezafadel/posts/987450641298159
MENGAPA HARUS KONTEN PROGRAM MOTIVASI DAN PEMBANGUNAN INSAN BERSUMBERKAN LANGIT DIANAKTIRIKAN OLEH KLIEN? (SATU SUDUT PANDANG DARIPADA PENGURUS SUMBER MANUSIA)
*******************************************
.
Ya. Benar.
Bahawasanya program latihan untuk self development, motivasi dan pembentukan sikap perlu lebih kreatif dengan menggunakan kaedah dan pendekatan moden agar program itu tidak menjemukan.
.
Oleh sebab itu, sebagai contoh, ramai pekerja yang bakal menjadi peserta program sedemikian, lebih teruja dengan program team building secara outdoor yang banyak melibatkan aktiviti 'games' dan fizikal berbanding aktiviti dalam kelas.
.
Mereka acapkali dilihat skeptikal dengan pengisian di dalam kelas kerana menjemukan, kata mereka.
.
Mengapa perlu menjemukan?

Saturday, October 17, 2015
Pengurusan Konflik dan Perundingan Berkesan
Ada 83 ayat berkaitan 3 konsep ujian dalam al-Quran.
Apa-apa sahaja dalam kehidupan boleh menggunakan kaedah ini
Event + Response = Outcome
Event ialah apa yang berlaku dari luar. Response ialah bagaimana kita cukup kuat menggunakan potensi fizikal, intelek, emosi dan spiritual dalam menangani event tersebut. Jika ia amat positif, kita tidak mampu dinegatifkan pada outcome. Apabila Response kita lemah sahaja, inilah masa seseorang itu akan dikawal oleh event. Seorang berjaya itu amat kuat karakternya. Responnya amat positif.
Berikut ialah 7 tools yang boleh digunakan untuk menguruskan konflik. Beberapa persoalan berikut menerangkan fungsi tool ini. Jika seseorang ada ujian atau konflik dihadapi, dengan menggunakan tool ini, Insha-Allah ia akan membantu banyak dalam menguruskannya. Ujian bukan untuk menggerunkan manusia, tetapi sebagai pintu untuk masuk ke tahap kejayaan seterusnya.

- Legacy
- Saya ingin kejayaan jangka masa pendek atau panjang?
- Ketika ada konflik apa yang perlu diyutamakan, ia berbalik kepada legasi jangka masa panjang, sederhana dan pendek.
- Jika konflik itu tidak mengganggu legasi, tidak perlu beri perhatian. Fokus pada legasi yang ingin dibina. Biasanya banyak menghabiskan masa pada perkara bukan legasi atau tidak bermanfaat.
- TOTI
- Saya sudah faham konflik ini sebenarnya atau tidak?
- SOA
- Saya utamakan hak siapa dulu dalam menyelesaikan konflik?
- Konflik ini dalam diri saya dulu atau orang lain?
- Kalau konflik sesama manusia, ia aktiviti intelek atau emosi/ sosial? Sudahkah dikembalikan kepada Allah sebenar-benarnya?
- Apa-apa pilihan S atau O, ia adalah keputusan manusia. Tiada yang muktamad. Pilihan Allah pilihan utama?
- 5 Ways to Handle Conflict
- Saya ingin win-win atau win-win-win?
- CASIC - Seni Berunding membina Legasi
- Saya sedia mengambil tindakan. Saya mempunyai cara perundingan yang berkesan atau makin merosakkan konflik?
- The 4th Alternative - Syura
- Saya tahu ada pilihan lebih bagus yang datang dari Pencipta. Bagaimana ingin capai tahap ini dalam perundingan?
- WRAP
- Pilihan perlu diuruskan dengan baik. Untuk berunding, apakah cara membuat keputusan?
Tuesday, September 15, 2015
4 Fasa dalam Dunia Latihan
Biasanya dunia motivasi atau latihan dikaitkan dengan populariti dan kemewahan. Ada sesetengah meletakkan fasa dalam dunia latihan sebagai 2 atau 3.
Fasa 1- Basic
Fasa 2 - Peringkat Nasional
Fasa 3 - Peringkat International
Adakah sampai tahap itu sahaja?
Sebagai trainer yang hebat dan tahap A+, ada min 4 fasa dalam dunia seorang jurulatih atau trainer.
Berikut ialah fasa yang dimaksudkan
Fasa 1- Basic
Fasa 2 - Peringkat Nasional / Internasional
Fasa 3 - Kampung
Fasa 4 - Hutan / Pedalaman
Sunday, August 16, 2015
Tadabbur Untuk Jurulatih dan Pendidik
"Modul aku bukan ajar al-Quran pun."
"Tadabbur ini untuk personal sahajakah?"
Tadabbur ialah memerhati secara mendalam kandungan isi al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam Surah Shadd ayat 35
"Tadabbur ini untuk personal sahajakah?"
Tadabbur ialah memerhati secara mendalam kandungan isi al-Quran sebagaimana dinyatakan dalam Surah Shadd ayat 35
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. (38:29)
Wednesday, July 29, 2015
Up & down dalam dunia latihan
Salah satu perkara penting untuk diperhatikan dalam membina bisnes dalam dunia latihan ialah aspek pemasaran.
Tuesday, June 9, 2015
Membina Estetika Dalam Latihan
Nilai estetika dalam bilik latihan adalah satu perkara penting untuk mewujudkan suasana wayang dan memerhati diri yang selesa - bukan lagi dalam bentuk rasional yang kering.
Salah satunya ialah membanyakkan aktiviti dan permainan dalam kelas. Ia akan memberi nafas baru dalam bilik latihan. Ia akan membuatkan semua orang ceria dan gembira untuk mengikuti aktiviti seterusnya dan berfikir dengan apa yang berlaku.
Apakah azam saya selepas ini?

Thursday, March 5, 2015
al-Quran dan Trainer
"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (3:79)
Ini peringatan untuk Nabi yang mengajar. Kalau umat Nabi yang mengajar dan menjadi jurulatih?
Sudah tentu peringatan itu juga untuk kita.
Apa yang berlaku jika tidak dikembalikan kepada al-Quran? Kita sendiri akan bermasalah kerana akan hadir masa peserta 'menghambakan' diri kepada si jurulatih - sanggup buat pelbagai perkara. Apabila si jurulatih 'menghambakan' orang lain, si jurulatih bukanlah hamba Allah yang sebenar. Bantuan dan keberkatan dari Allah itu berkurang.
Ini ialah peringatan untuk jurulatih.

Tuesday, December 2, 2014
Model memantapkan modul
Jika anda ada model yang utuh, modul anda akan menjadi amat mantap. Cukup dengan satu model, ia akan menyebabkan anda akan mampu menghasilkan modul pelbagai.
Berikut ialah analisa atau soalan yang boleh anda semak samada anda mempunyai model yang bagus atau perlu dimajukan:
Berikut ialah analisa atau soalan yang boleh anda semak samada anda mempunyai model yang bagus atau perlu dimajukan:
- Adakah ia mempunya kata nama atau kata kerja yang konsisten? Jika bercampur-campur, itu maksudnya model itu agak lemah.
- Jika ia kata kerja, adakah akronim yang digunakan itu berdasarkan kepada imbuhan? Kalau ya, itu maksudnya model itu lemah.
- Adakah susunan akronim atau diagram itu tersusun kemas atau disusun tunggang terbalik? Kalau susunannya kemas dan ada makna, itu model yang bagus.
- Adakah model ini disokong oleh 5 dalil (naqli, aqli, hissi, fitri dan taarikhi)? Jika ya, ia mantap. Jika tidak, ia perlu dimajukan.
- Adakah sumber dalil itu disokong oleh orang lain yang mengkaji perkara yang sama di kalangan pakar?
Soalan-soalan di atas adalah senarai semak untuk memastikan model sesuatu organisasi itu mencapai tahap penyelesaian yang baik
Saturday, March 29, 2014
'Tool' spiritual untuk melonjakkan potensi
Salah satu kekuatan yang ada pada seorang trainer ialah apabila boleh membawa keempat-empat jenis tool dalam program latihan. Tool yang menduduki tahap tinggi ialah apabila boleh dibawa 'tool' di peringkat spiritual - yang sudah dipastikan sahih dan mantap - bukan lagi tekaan atau tanpa disiplin yang ketat.
Thursday, January 2, 2014
Menentukan 'branding' modul latihan
Apa yang dipasakkan dalam kepala apabila melihat sebuah kereta Volvo? 'Safety'
Apa yang dibawa oleh Mercedes? 'Reliable'
Apa yang dibawa oleh Stephen R Covey? 'Universal Value'
Apa yang dibawa oleh MAP? Program motivasi pelajar.
Apa yang dibawa oleh modul latihan anda?
Apa yang dibawa oleh Mercedes? 'Reliable'
Apa yang dibawa oleh Stephen R Covey? 'Universal Value'
Apa yang dibawa oleh MAP? Program motivasi pelajar.
Apa yang dibawa oleh modul latihan anda?
Thursday, December 19, 2013
Diskusi Akronim
Banyak tools dalam dunia latihan. Ia boleh berbentuk fizikal, intelektual atau emosional atau spiritual.
Fizikal
|
Props, alam sekitar, gambar atau situasi dalam dewan
|
Intelektual
|
Isi dengan Akronim, ‘coining new term’, ‘rejuvenate new terms’
|
Emosi
|
Cerita, games, aktiviti
|
Spiritual
|
Ayat Quran atau Hadith,amalan spiritual
|
Dalam artikel ini, saya ingin membincangkan tentang tool intelektual untuk diperhatikan dengan secara mendalam.
Thursday, November 14, 2013
Soalan asas menguji kekuatan modul
"Modul dia hebatlah."
"Ye ke? Bagaimana kualiti modul aku? Macam mana nak semak?"
Modul adalah satu perkara yang penting dalam dunia latihan. Ada pelbagai cara menilainya. Namun banyak juga modul yang tidak disemak lantaran tidak ada badan yang mengusahakan piawaian atau standard. Ia hanya diketahui utuh atau tidak selepas ia dibentangkan kepada peserta. Ini memberi risiko kepada klien yang mengambil servis seseorang jurulatih atau konsultan.

Sunday, November 10, 2013
Mengapa trainer patut tahu cara bina modul secara sistematik?
Ramai trainer yang menyampaikan modul apabila menggunakan pengalaman yang lepas untuk melaksanakan latihan. Ada juga kaunselor dan guru yang berbuat demikian. Namun kekadang apabila ditanya apakah objektif aktiviti atau bagaimana ia boleh dinaiktaraf atau ketika peserta sudah pun mengikuti aktiviti yang lebih kurang sama, ia tidak mampu direspon dengan baik. Berikut saya kongsikan beberapa manfaat trainer tahu cara yang bersistematik membina modul.
Friday, November 8, 2013
Bagaimana membina pasaran dalam latihan
Ketika saya memulakan syarikat sendiri dalam dunia latihan, saya terkebil-kebil. Asalnya saya yakin akan banyak projek yang boleh saya dapat. Ketika saya berkerja dengan satu syarikat konsultan, banyak projek yang saya dapat. Malah ada yang mencecah ratusan ribu dan juta. Namun selepas membina syarikat sendiri, saya terkial-kial.
Thursday, November 7, 2013
Kemahiran teknologi seorang trainer
Semasa di Los Angeles, saya cadang untuk berkerja sebagai jurutera kimia. Namun apakan daya. Master isteri saya lebih perlu diutamakan. Saya perlu menjaga anak-anak yang baru mengenal erti hidup di tanah Uncle Sam tersebut. Saya menangguhkan hasrat. Saya belajar dari rumah. Dari internet. Ada kursus yang saya hadiri di University of Southern California. Saya lengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu teknologi. Saya berjaya melaksanakan bisnes online. Seterusnya latihan secara online. Ada peserta yang saya coach dari Malaysia, Kanada, Jepun, Indonesia, Perancis dan beberapa negara lain.
Wednesday, October 16, 2013
Trainer berinteraksi dengan intelek dan emosi peserta
"Saya suka program tersebut."
"Saya makin yakin selepas ke program tersebut."
"Saya berazam untuk berubah selepas menghadiri seminat itu."
Apakah yang disentuh oleh seorang trainer dalam sesuatu program? Fizikal, intelek dan emosi. Namun yang utama ialah aspek intelek dan emosi. Manakah spiritual? Itu hubungan manusia dengan Tuhan, tidak mampu disentuh oleh mana-mana manusia. Kalau ingin menyentuhnya, ia boleh dilaksanakan dengan memberikan sentuhan fizikal, intelek atau emosi yang mengikut kepercayaan dan spiritual yang terbaik.

Mereka berubah selepas menangis dalam program saya...
"Bagaimana kalau peserta menangis dan ramai yang berubah selepas mengikuti program saya? Bukankah itu petanda bahawa program saya berkesan?"
Menangis di hadapan manusia ialah aktiviti emosi. Menangis itu boleh jadi spiritual kalau ia benar-benar rasa kedekatan kepada Allah. Menangis itu boleh jadi juga disebabkan situasi di persekitaran yang dipasang lagu atau selepas di'herdik' oleh trainer.

Thursday, October 10, 2013
Mengemosikan spiritual - sesuaikah?
"Mengapa selepas program itu, yang menangis tidak jauh kesannya?"
"Saya tak nak pergi program itu lagi. Asyik kena nangis je.."
Apa yang berlaku dalam trend dunia motivasi atau latihan di mana peserta cuba elakkan untuk hadir kerana akan 'menangis'? Apa yang berlaku apabila guru mengharapkan penceramah mampu 'menangiskan' anak murid mereka?

Subscribe to:
Posts (Atom)